Assalamualaikum .
Alhamdullillah . Dengan izin-Nya , aku dapat mengenali dirimu . Walaupun hanya seketika dapat merasai kegembiraan bersama , aku masih bersyukur . Terima kasih Ya Allah dengan hadiah yang Kau berikan kepada aku . Walaupun hanya sementara . Aku tersenyum dan gembira dengan hadiah itu . Walaupun tidak lama , aku dapat mengenali segalanya .
Awak , kehadiran awak banyak ubah hidup saya . Saya gembira bila orang tua saya dapat terima berita tentang kehadiran awak dalam hidup saya dengan senyuman . Alhamdullillah . Saya gembira bila awak mampu ubah cara kehidupan saya . Saya amat bersyukur . Awak , mungkin pada mata orang lain , saya berlaku kejam terhadap awak . Tapi awak . Maafkan saya . Saya taknak awak susah . Saya taknak awak sedih akhir akhir nanti . Biar segalanya saya yang tanggung .
Awak , terima kasih hadir dalam hidup saya okey ? Saya bersyukur sangat dengan kehadiran awak . Terima kasih kerana selalu berusaha membuat saya tersenyum walaupun ketika itu saya sedang menangis . Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya tak kira masa . Saya hargai semua itu . Awak , maafkan saya dengan segala yang berlaku . Maafkan saya kerana melukakan hati awak . Andai Allah SWT beri peluang untuk awak membaca isi hati saya , mungkin awak akan mengerti . Awak , kita masih berkawan . Alhamdullillah . Awak masih mampu menerima saya sebagai kawan awak dengan apa yang telah terjadi . Sejujurnya , saya bersyukur sangat . Thnx ek awak . <3
Mungkin sekarang bukan masa untuk kita bersama . InsyaAllah , kalau ada jodoh kita , tak kira apa pun terjadi , awak tetap milik saya dan saya tetap milik . Bukan sekarang , tapi masa akan datang hingga ke Syurga . Amin .
No comments:
Post a Comment