Saturday, 27 July 2013

365 Days. ILY.

Assalamualaikum.
Lamanya kita tak singgah di laman blog kita. Kenapa? Mungkin kita dah cipta pelbagai jenis kenangan dan kemudian simpan dalam hati. Then, kita lupakan blog kita yang menjadi ORANG TENGAH ketika menyatukan hati kita berdua. Am I right? :)

Dear FIRZAN HUSAINI BIN HELMI.
Happy 1st Year Anniversary Sayang. kita dah bersama selama 365 hari kannn? Awak ingat lagi tentang perkenalan yang terjalin antara kita? At first time we talk about feeling. About LOVE. Masih ingat segala kenangan kita yang dicipta? Indah kann? :) Terima kasih kerana masih bersama untuk melalui perjalanan hidup yang akan datang. Saya sayang awak. :') Maafkan saya sebab tak mampu hadiahkan awak dengan hadiah yang mahal. Saya hanya mampu berika kasih sayang, cinta dan rindu untuk awak. Dari dulu hingga nafas saya yang terakhir. Saya harap awak sudi menerimanyaa. Awak, yaaa. Awak bukan yang pertama yang hadir dalam hidup saya. Bukan yang pertama mencipta kenangan pahit manis bersama saya. Bukan yang pertama menyapu airmata saya ketika saya menangis. Bukan yang pertama berkongi suka duka bersama saya. Tapi, saya hanya mohon yang awak adalah yang terakhir bersama saya untuk menjalani segalanya. Awak, mungkin dalam 365 hari bersama awak, pelbagai jenis perangai saya lakukan dalam hubungan kita. Saya? Keras kepala adalah saya. Degil adalah saya. Semuanya saya. Awak, maafkan saya untuk segala yang berlaku. Saya masih dengan perangai saya. BUDAK BUDAK. Kann? Letih tak layan kerenah saya yang bermacam ragam. Mesti letih kann? Hehe. Saya sayang awak. Awak, sepanjang hubungan kita terjalin, ampunkan segala kesalahan saya. Halalkan segala makan minum saya. Saya sayang awak. Yes. Sayang sangat. Awak, saya tak sempurna. So, saya perlukan awak untuk menyempurnakan hidup saya. Menyempurnakan diri saya. 

Andai kata jodoh kita panjang, saya nak sangat awak yang genggam tangan abah saya waktu hari akad nikah saya. Saya nak awak yang kucup dahi saya saat pembatalan air sembahyang. Saya nak awak yang menyambut tangan saya ketika abah lepaskan anaknya kepada bakal menantu abah mama. Saya nak sangat solat berimamkan awak. Saya nak sangat anakanak saya nanti berBIN dan berBINTI kan nama FIRZAN HUSAINI. 

Tapi awak, andai Allah SWT telah tentukan jodoh kita hanya sekadar teman untuk berkongsi suka duka tapi tidak mampu sampai ke peringkat yang sah, saya harap awak redha dengan ketentuan Allah SWT. Mungkin Allah SWT telah tentukan seseorang yang lebih baik untuk awak. Di saat itu, saya cuma berharap. . Awk tak lupakan saya. Awak masih bersama saya. Dan kita masih berkawan. Takpa kann? Saya sayang awakk.
Di setiap penghujung solat saya, apa yang saya inginkan adalah ikatan yang sah bersama awak. Ikatan yang sah yang diiringi oleh restu kedua abah mama kita. Restu itu penting. :') Awak, saya sayang awak. Sayang sangat. Saya cuma harap awak tak lupakan sayang saya terhadap awak. 


HAPPY 1st YEAR ANNIVERSARY.

Gadis Num 8. :') 
 

No comments:

Post a Comment